Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie Pregnancy tickers

ThAnKs KaWaN-KaWaN

26 July 2009

Aku dan Token Ekonomi..


Hai sumer... Minggu lepas aku baru jer mulakan sistem token ekonomi untuk anak2 muridku.. Aku tahu, ramai kwn2 yg lain dah mulakan sistem ni awal lagi masa 2nd week praktikum.. Aku ni biasalah.. slow skit.. hihihi... Yang aku buat simple jer macam dalam gambar kat bawah ni.. kalo korang ade idea2 yg menarik.. Bleh la share ngan aku kat sini k...

(Contoh untuk Kelas 1 dan 2 macam ni...)



(Yang ni contoh untuk Kelas 3 dan 4)


Token Ekonomi tu Apa ek???
Program Ekonomi Token merupakan satu sistem pengukuhan secara simbolik. Murid diberi token apabila menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Program ini dipanggil sebagai sistem ekonomi kerana berasaskan sistem kewangan, iaitu token yang diterima mempunyai nilai ekonomi dan boleh ditukar dengan benda atau aktiviti yang dikenalpasti sebagai pengukuhan kepada murid.

Pelaksanaan

1. Kenalpasti tingkahlaku sasaran ( peraturan )

2. Kenalpasti bahan token. ( Cth: cip,cop bintang dll )

3. Kenalpasti ganjaran yang akan diperolehi. ( Cth: bekas pensel )

4. Kenalpasti kadar nilai ganjaran ( menu ganjaran ) ( Cth: 10 bintang dapat sebatang pensel.)
5. Murid-murid dijelaskan tentang penerimaan dan penarikan balik token.


Kriteria Pemilihan Token

1. Disukai oleh murid.

2. Mencukupi bila diperlukan.

3. Praktis - tidak menyusahkan.

4. Dalam bentuk yang boleh dihimpunkan, dilihat, disentuh dan dibilang.
5.Tidak mudah diperolehi di tempat lain.
6. Tahan lama.

Kebaikan Sistem Ekonomi Token

1. Dapat mengawal tingkahlaku murid.

2. Menjadi motivasi kepada murid untuk memajukan diri.

3. Tidak mengganggu pembelajaran murid -( diberi selepas pembelajaran)

2 comments:

Unknown said...

Baru nak laksana kaedah nie.
terima kasih bagi panduan . teruskan Blog dengan hasil-hasil yang baik.

salam kenalan PPKI SK Puchong Utama 3.

Admin said...

sistem nie mmg mnarik,
mrid2 suke n teruja! hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails