Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie Pregnancy tickers

ThAnKs KaWaN-KaWaN

23 July 2011

Zikir dan Doa Semasa Bersalin

Amalan berzikir dan banyak berdoa digalakkan bagi ibu-ibu yang hendak melahirkan kerana ini dapat mententeramkan fikiran dan dapat memupuk kesabaran ketika dalam kesakitan melahirkan anak nanti.

Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:
1.

“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”
2.

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.
3.

“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:
4.

“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula :
5.

“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:
6.

Maha Suci Allah
7.

Aku Pohon ampun kepada Allah

Sentiasa membaca doa ini :
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ8.
أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ
Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu

9.Surah Al-Ansyiqaq

Surah ini, seorang ustaz menyarankan mak cu membacanya. Mak cu rbanyakan bacaan surah ini serta berdoa, lebih-lebih lagi bila dah dekat tarikh jangkaan bersalin. Syukur Alhamdulillah, mak cu bersalin lebih mudah, cepat dan kesakitan semasa nak bersalin pun kurang, walaupun berat Adda semasa lahir 4.1kg. Semasa mengandungkan Haziq, mak cu memperbanyakan lagi bacaan surah ini serta jangan lupa berdoa semasa mengandungkan Adda. Alhamdulillah lagi mudah, lagi cepat dan lagi kurang sakitya.

10.Sentiasa membaca surah Maryam.


11.Surah An-Nahl: ayat 78-80
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Selusuh
Kebiasaannya, orang-orang tua akan menyuruh anak mereka meminta air selusuh daripada orang tertentu bagi memudahkan bersalin.
Namun begitu, tidak ramai yang percaya akan keberkesanan air selusuh. Nasihat saya, jika tidak percaya tidak perlu minta sebab ia tidak akan berkesan sedikit pun bahkan akan menambahkan sakit, sakit hati tentunya.
Bagi yang meyakini air selusuh sebagai salah satu usaha pula perlulah mengambil berat penerangan yang diberikan mengenai cara penggunaan selusuh ini.
Sebenarnya selusuh bukan sahaja berperanan memudahkan bersalin malahan sebenarnya boleh digunakan untuk membetulkan kedudukan bayi songsang tetapi dengan kaedah yang berlainan.
Salah faham yang berlaku dalam masyarakat kita, perubatan Islam ini adalah pilihan terakhir selepas semuanya perlu diubah. Saya sendiri tidak akan membenarkan isteri saya dibedah kerana kedudukan anak yang songsang sebelum mencuba perubatan Islam, berdoa bersungguh-sungguh kepada AlLah.
Pernah berlaku~kisah benar~ seorang ini, anak dalam kandungan isteri dia songsang, dia meminta air selusuh daripada individu tertentu agar dimudahkan bersalin tanpa perlu dibedah kerana doktor menyarankan agar isterinya dibedah.
Ketika melahirkan anak, doktor tersebut terkejut kerana isteri lelaki tersebut tidak perlu dibedah dan melahirkan anak dengan mudah, seolahnya tidak ada masalah sebelum ini.
Doktor tersebut berjumpa dengan si suami, meminta air selusuh yang berbaki kerana isteri doktor itu menghadapi masalah yang sama;bakal dibedah.
Tidak lama selepas itu, doktor tersebut mengirimkan hadiah kepada yang membuat air selusuh tersebut kerana isterinya yang sepatutnya dibedah dapat melahirkan anak secara normal.
Apa yang penting??? Bukan kerjasama yang penting di sini, tetapi keyakinan bahawa ALLAh mampu melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya.



sumber: http://puterijasmin.blogspot.com/2009/08/doa-zikir-dan-amalan-memudahkan.html

Teknik meneran melalui cara pernafasan ketika proses bersalin

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama semasa permulaan dan penghujung suatu kontraksi, anda dikehendaki bernafas secara dalam dan tetap. Masuk melalui hidung dan keluar melalui mulut. Ketika kontraksi berada dikemuncak, cuba pernafasan yang lebih ringan dan cetek. Kedua-dua pernafasan sepatutnya melalui mulut. Jangan lakukan terlalu lama bagi mengelakkan anda berasa pening (hyperventilation).

Teknik pernafasan peringkat Transisi

Sekiranya anda berasa hendak meneran terlalu awal, sebutlah “huf, huf, tuip” kepada diri anda sendiri sambil mengambil dua pernafasan masuk dan keluar yang pendek, diikuti satu hembusan yang panjang. Apabila desakan untuk meneran hilang, hembuskan keluar nafas yang lembut dan tetap.

Teknik pernafasan peringkat kedua

Ketika hendak meneran (ia mungkin berlaku beberapa kali setiap satu kontraksi), tarik nafas yang dalam dan bertahan untuk satu masa yang singkat ketika anda menekan ke bawah. Adalah penting untuk melakukan gerakan dan pernafasan mengikut kehendak badan anda. Ketika meneran, ambil beberapa nafas tenang yang dalam. Apabila kontraksi reda, rehatkan diri perlahan-lahan.

Teknik Meneran

Sebelum ini, mungkin kita menjangkakan hanya ibu yang terpaksa bekerja keras mengerah sepenuh tenaga untuk memastikan bayinya selamat dilahirkan. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah sama sekali. Semasa peringkat pertama kelahiran, bayi dalam kandungan akan berputar untuk mencari jalan kelahiran. Manakala peringkat kedua kelahiran pula uterus akan mula menolak bayi keluar begitu juga si ibu. Dalam pada itu, bayi juga menolak dirinya keluar dari jalan kelahiran. Oleh itu memilih kaedah meneran yangs esuai dapat membantu melancarkan proses kelahiran. Ikuti beberapa tekbik meneran yang lazim digunakan dalam bilik bersalin.

“Overwhelming Urge“

Teknik meneran ini merupakan teknik yang tidak terkawal. Ada kalanya anda tidak perlu meneran apabila berlakunya kontraksi kerana pembukaan rahim masih belum terbuka dengan sempurna (10cm). Namun, setiap kali berlakunya kontraksi anda mungkin tidak mampu mengawal keinginan untuk terus meneran. Sekiranya tidak mahu berlaku sebarang koyakan, meneranlah sekuat hati setelah mendapat keizinan dari doktor. Tarikan graviti pada posisi semula jadi mungkin akan membantu ibu melahirkan bayi. Namun ada juga kemungkinan graviti tidak mampu meningkatkan tekanan atau desakan sekiranya kelahiran berlaku terlalu cepat.

“so-so urge“

Si ibu mungkin mempunyai keinginan untuk meneran setiap kali datangnya kontraksi atau ketika kontraksi berada di kemuncak. Bagaimanapun desakan ini mungkin juga berlaku pada peringkat awal fasa kedua yang mana bayi masih belum mencecah saraf-saraf yang menghantar isyarat agar si ibu mula meneran dengan kuat (overwhelming urge).

“No Urge“

Hampir sama seperti so-so urge, kali ini ibu tidak mengalami desakan, oleh itu posisi yang tepat semasa bersalin dan masa adalah jalan terbaik untuk membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah meneran semasa proses kelahiran.

Teknik spontan

Kaedahnya amat mudah, si ibu hanya mengikut gerak bahasa tubuhnya dan akan meneran jika dia merasakan dia perlu untuk berbuat demikian. Ibu-ibu yang mempraktikan kedah ini biasanya tidak akan menahan nafas lebih dari 6 saat yang sekali gus menyalurkan lebih banyak oksigen kepada bayinya. Istimewanya kaedah ini banyak membantu mengurangkan tekanan pada ibu dan bayi, malah ia membantu menyingkatkan proses kelahiran. Secara umumnya, ibu yang mengikut naluri sebelum meneran harus menahan nafas untuk satu tempoh masa yang singkat dan merehatkan tubuh badan. Ingat, bahagian uterus akan membantu anda meneran walaupun anda tidak berbuat apa-apa.

Teknik Purple Pushing

Mengapa ia dipanggil Purple Pushing, ia kerana wajah ibu digambarkan seolah hampir kebiruan dengan mata yang besar cuba untuk menahan nafas sambil meneran hingga kiraan 10 berakhir. Teknik ini semakin popular, ia banyak membantu para ibu yang tidak mampu ‘mentafsir’ bahasa tubuh agar meneran dengan efektif. Teknik ini bermula dengan menarik nafas dalam-dalam, melepaskannya, menarik nafas semula dan tahan nafas tersebut, bongkokkan sedikit badan dan meneran seiring dengan kontraksi. Sementara itu, suami atau jururawat akan menjarit “PUSH!” dan mengira hingga angka 10 sebelum anda melepaskan semula nafas. Ulang teknik yang sama sehingga bayi selamat dilahirkan.

Teknik Laboring Down

Kaedah ini pula popular digunakan oleh doktor dan jururawat terhadap ibu-ibu yang disuntik epidural. Caranya mudah sahaja, biarkan tubuh meneran secara semulajadi tanpa perlu tolakan yang aktif dari anda. Biarkan sehingga kepala bayi mula kelihatan. Cara ini adalah lebih baik dan kurang meletihkan, malah sesuai dipraktikan oleh si ibu yang tidak mampu meneran.// majalah PA&MA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails