I'm just a little bit caught in the middle Life is a maze and love is a riddle i don't know where to go, can't do it alone I've tried, and i don't know why...
Slow it down, make it stop Or else my heart is going to pop 'Cause it's too much, yeah it's a lot To be something i'm not I'm a fool out of love 'Cause i just can't get enough...
I'm just a little bit caught in the middle Life is a maze and love is a riddle i don't know where to go, can't do it alone I've tried, and i don't know why
I'm just a little girl lost in the moment I'm so scared.. but i don't show it.. I can't figure it out, it's bringing me down I know i've got to let it go... And just enjoy the show
The sun is hot in the sky Just like a giant spotlight The people follow the signs And synchronise in time It's a joke, nobody knows They've got a ticket to the show....
Betul la kata org Sesal dahulu pendapatan.. Sesal kemudian tiada gunanya... i'm so sad...
Dari Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: "Setiap yang masuk ke dalam syurga diperlihatkan kepadanya tempat diamnya di dalam neraka jika seandainya dia melakukan kesalahan, supaya dengan itu bertambah syukurnya kepada Tuhan. Setiap orang yang masuk ke dalam neraka, diperlihatkan kepadanya tempat diamnya di dalam syurga jika seandainya dia melakukan perbuatan baik, supaya dengan itu timbul penyesalannya".
Hai sumer... Minggu lepas aku baru jer mulakan sistem token ekonomi untuk anak2 muridku.. Aku tahu, ramai kwn2 yg lain dah mulakan sistem ni awal lagi masa 2nd week praktikum.. Aku ni biasalah.. slow skit.. hihihi... Yang aku buat simple jer macam dalam gambar kat bawah ni.. kalo korang ade idea2 yg menarik.. Bleh la share ngan aku kat sini k...
(Contoh untuk Kelas 1 dan 2 macam ni...)
(Yang ni contoh untuk Kelas 3 dan 4)
Token Ekonomi tu Apa ek???
Program Ekonomi Token merupakan satu sistem pengukuhan secara simbolik. Murid diberi token apabila menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Program ini dipanggil sebagai sistem ekonomi kerana berasaskan sistem kewangan, iaitu token yang diterima mempunyai nilai ekonomi dan boleh ditukar dengan benda atau aktiviti yang dikenalpasti sebagai pengukuhan kepada murid.
Pelaksanaan 1. Kenalpasti tingkahlaku sasaran ( peraturan ) 2. Kenalpasti bahan token. ( Cth: cip,cop bintang dll ) 3. Kenalpasti ganjaran yang akan diperolehi. ( Cth: bekas pensel ) 4. Kenalpasti kadar nilai ganjaran ( menu ganjaran ) ( Cth: 10 bintang dapat sebatang pensel.) 5. Murid-murid dijelaskan tentang penerimaan dan penarikan balik token.
Kriteria Pemilihan Token 1. Disukai oleh murid. 2. Mencukupi bila diperlukan. 3. Praktis - tidak menyusahkan. 4. Dalam bentuk yang boleh dihimpunkan, dilihat, disentuh dan dibilang.5.Tidak mudah diperolehi di tempat lain. 6. Tahan lama.
Kebaikan Sistem Ekonomi Token
1. Dapat mengawal tingkahlaku murid.
2. Menjadi motivasi kepada murid untuk memajukan diri.
3. Tidak mengganggu pembelajaran murid -( diberi selepas pembelajaran)
Apalah khabar kengkawan aku sumer ni.. Korang ape citer? Penat ngan praktikum ye.. Keje bertambah2.. hihihi.. Sabo je lah..
Aku rindu kat korang sumer arrr... Jangan tension2 sepanjang praktikum ni yer.. ni ingatan untuk aku sama la... hahaa..
Semoga kita semua semakin tabah dan berjaya menjadi guru yang terbaik... Bersabarlah dengan setiap dugaan dan ujian yang Allah beri pada kita... Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya... Hindarkan persengketaan.. Wujudkan kedamaian...
Hari ni rasa x bermaya.. tapi keje kena buat jugak... Jaga hubby yg demam.. harap2 jangan la aku pun turut sambung demam hubby... Semalam aku ada post entry pasal kanak2 Autisme kan... haaaaa sebenarnya.. aku sedang buat kajian kes pasal salah sorang Murid Autisme kat sekolah aku praktikum ni... tu la terjumpa artikel tu... then aku masuk la dlm blog ni..
-...ini kean fei, murid autisme kat sekolah aku mengajar tahun lepas.. walaupun kean fei di dlm dunianye sendiri.. tetapi dia seorang yang pandai.. kalo aku tak bagi latihan padanye, dia akan menangis sebab nak buat kerja jugak.. that's my boy....-
Untuk melayakkan aku lulus praktikum ni.. Aku kena buat 2 kajian kes.. satu lagi aku ingat nak buat pasal Murid Sindrom Down.. Nanti bila2 aku dah progress aku akan update dlm blog ni..
Anak autisme sering dilabel sebagai kanak-kanak bodoh, degil, berkelakuan pelik, mementingkan diri dan berkemungkinan besar keciciran dalam pelajaran. Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal, tetapi melalui pendidikan sewajarnya mereka mampu memiliki kehidupan baik, malah mungkin lebih berjaya daripada individu normal.
Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang; biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai. Kekurangan dialami kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.
Pun begitu, bukan semua individu autisme mengalami masalah pembelajaran kerana ada yang berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein, Bela Bartok dan Bill Gates. Mereka berkongsi masalah sama, iaitu mengalami Sindrom Asperger iaitu sejenis autisme.
Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal. Antara ciri-ciri kanak-kanak autisme ialah:
a). Perkembangan Sosial Kanak-Kanak Autisme Sangat Perlahan, Menyebabkan Mereka Jauh Ketinggalan Berbanding Rakan Sebaya Dan Menunjukkan Perlakuan Sangat Berbeza Daripada Normal Seperti:
- Tidak menghiraukan orang lain.
- Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain.
- Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.
- Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang).
- Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran.
- Lebih suka bermain sendiri.
- Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi.
b). Kurang Mahir Bertutur Dan Berkomunikasi
- Lambat bercakap.
- Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang.
- Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.
- Bercakap dalam nada pelik : seperti menyanyi atau bercakap macam robot.
- Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap).
- Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya.
- Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan pertuturan mereka kedengaran seperti orang dewasa.
c). Mempunyai Masalah Dalam Pemikiran Dan Perlakuan
- Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan.
- Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek.
- Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan.
- Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang.
- Tidak boleh duduk diam.
- Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang dewasa.
d). Masalah Tingkah Laku
- Suka mengasingkan diri : biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri.
- Bersikap pasif : tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk. Jadi mereka biasanya terbabit dalam masalah yang dicetuskan orang lain.
- Tidak tahu bersosial : jika melakukan kesalahan, ia sangat mudah dikesan.
- Aktif tetapi berperangai pelik : kanak-kanak autisme jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.
Memiliki ciri yang disenaraikan di atas mengakibatkan kanak-kanak autisme sukar didekati. Ada ibu bapa kecewa selepas gagal ‘mengubah’ anak mereka dan membiarkan kanak-kanak itu membesar tanpa pendidikan sewajarnya. Lebih mengecewakan, ada guru sekolah menganggap kanak-kanak autisme sebagai bodoh. Kanak-kanak autisme bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma guru dan ibu bapa tidak tahu cara mendekati mereka. Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme secara umumnya lebih perlahan daripada kanak-kanak normal.
Walaupun autisme belum ada penawarnya, banyak kaedah rawatan dan pendidikan boleh membantu kanak-kanak ini membesar dan belajar dengan baik. Golongan ini memerlukan bantuan dalam segenap segi, terutama kemahiran sosial dan pengurusan, termasuk menguruskan diri sendiri.
Mempunyai anak autisme memang cabaran besar tetapi mereka boleh menikmati kehidupan sebaik orang normal dengan sokongan ibu bapa, guru dan ahli keluarga. Paling penting, ibu bapa jangan berputus asa dan sentiasa berdoa untuk kebaikan anak...