Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie Pregnancy tickers

ThAnKs KaWaN-KaWaN

11 July 2009

Pulang ke Rumah..



Gelang Si Paku Gelang... Gelang!
Gelang Si Rama-Rama...

Pulang.. Marilah Pulang..

Marilah Pulang.. Bersama-sama...

Pulang.. Marilah Pulang..

Marilah Pulang.. Bersama-sama..

Mengapa Kita Bertangguh?

Musuh dan penghalang utama kejayaan ialah 'sikap bertangguh' (procrastination).

Tabiat buruk ini ada pada semua orang. Bertangguh adalah pencuri masa dan umur seseorang. Mereka yang telah berjaya ialah pejuang-pejuang yang telah berjaya menewaskan sikap tangguh dalam diri mereka.

Kenapa kita bertangguh?

1) Tugas yang kita hendak buat kelihatan tidak menyenangkan kita

2) Kita tidak faham dan tidak jelas apa tugas yang kita patut lakukan

3) Menganggap perkara tersebut terlalu mudah

4) Kita merasakan tugas yang akan kita lakukan amat sukar

5) Tidak ada perancangan yang baik

6) Rasa ragu-ragu pada kemampuan diri

7) Kita takut untuk berubah.

8) Kita takut gagal

9) Matlamat tidak jelas

10) Ingin membuat sesuatu itu menjadi sempurna sehingga menunggu saat yang sesuai

11) Kurang ilmu dan pengetahuan untuk melakukan tugas yang hendak dibuat.

12) Kita tidak senaraikan tugasan yang hendak dibuat

13) Melayan sikap malas

14) Amalan tabiat kerja last minutes

15) Kurang dorongan

16) Jiwa lemah dan tidak tegas pendirian

17) Sikap sambil lewa dan tidak ambil serius

18) Tiada semangat yang jitu dan mantap

19) Tabiat tidak menghargai masa

Jom lawan sikap bertangguh dan sama-sama hargai masa kita!

Sesungguhnya masa adalah nyawa kita.

p/s: Sebenarnya artikel ni memang 'kena' dengan aku... Sekurang2nye aku dah tahu kenapa keje2 aku slalu bertangguh... Bagus la artikel ni untuk mereka yg sama mcm aku ni... hehee.. sama2lah berubah...

source: www.iLuvislam.com
mindataqwa
Editor : kasihsayang

10 July 2009

Simple Tips For The Morning







IF YOU"RE LIKE MANY PEOPLE, the start of the day isn't your favourite time. So here are some tips you can sneak into your routine without much effort. Try at least one of these tomorrow.


1. Stretch every extremity for 15 seconds. Try this before you open your eyes. Lift your arm and begin by stretching each finger, then your arm. Repeat with another arm.

2. Then your toes, feet, ankles, and legs. end with a neck and back stretch that propels you out of the bed. You've just limbered up your muscles and joints and enhance the flow of blood through your body, providing an extra shot of oxygen to all your tissue.

3. Brush your tongue for one minute. There's no better way to rid yourself of the morning breath and begin the day minty fresh. Hundreds of bacteria take up residence in your mouth every night, so just brushing your teeth alone isn't going to vanquish them.

4. Drink a glass of water. Remember, you've been fasting all night long, so you wake each morning dehydrated.

5. Check your morning calendar. Have a large calendar or whiteboard in a prominent position in the kitchen. On it, write everything you need to know for that day. Check it each morning as you sip your coffee. It will help you to avoid the stress of forgetting something important.

6.Kiss all the people you love in your house before you leave. Connecting with the ones you love soothes stress and gives a positive start to your day.



source: Reader`s Digest May 2008
Editor: NuurZaffan
www.iluvislam.com

Coretan di TLDM, Lumut...

Semalam (Khamis), kami ke Lumut, pagi sampai la ke petang.. melawat tempat tentera laut berkerja... huhu.. bukan murid jer teruja.. ngan cikgu2 pon sama jer.. Macam2 la keletah murid2 ni.. yg seronok, yg nakal, yg blur, yg meragam pun ada.. pening cikgu2 melayan bebudak nih.. tp best tetap best la...


-me wif solihim, syakila n hui yin.. belakang tu kai qi..-



-okey.. dah sampai.. sumer berbarissss..-



-eksklusif : bergambar depan helikopter-



-aksi wai kean yg gayat nak naik tangga.. atas kapal ni..-



-aksi david yang takut nak naik kapal... jenuh nak pujuk..-



-tengok la tu.. gara2 gayat nak turun dari kapal.. terpaksa la abg2 navy tu tolong dokonggg... hehehee...-



-bersama menimba pengalaman-

07 July 2009

Haaa..kan dah kena!

Al-kisahnyer hari ni...

Aku masuk kelas 2, pukul 9 - 10pg.. subjek Math.. Tapi tgh syok2 mengajar, itupun sampai Langkah 1 jer, tetiba... ada org nak jumpa.. aku dipanggil keluar... tinggal la anak murid aku ngan cikgu2 kelas diaorg...

Sebenarnyer.. pensyarah pembimbing aku (Mr.A) yg dtg... ni la 1st time berinteraksi after cuti semester yg lalu.. bukan apa, ada jer aral melintang, bila buat appointment nak jumpa ngan beliau.. Memang dup dap dup dap la jantung aku pd masa tu... partner aku pun samalah mcm aku gak.. tp masa tu dia xde kelas lg.. aku mmg dah tau Mr.A nak dtg.. Tp, bila tau pun.. Gabra tu ada jgk... bukan apa.. sebab keje byk x siap n aku tak prepared..

Alhamdulillah... berkat dapat jumpa ngan Mr.A, segala yg terbuku dihati telahpun diluahkan... Aku n partner praktikum aku dah rasa lega skit sebab kongsi mslh kendiri kami ni pada Mr.A.. Beliau, banyak membantu dan memberi nasihat2 yg membina.. Lebih kurang macam motivasi gak la... Tapi, ada gak part2 yg kami kena sound n diberi '1st n last' warning... Mana taknyer.. apa yg beliau tegur memang puncanyer dari diri kami sendiri... Haaa.. memang patut 'kenalah' tadi... Terima Kasih Mr.A di atas nasihat2 n teguran yg diberi...

InsyaAllah.. selagi terdaya... i'll do my best...


"ya ALLAH, Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. ya ALLAH, Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang2 yang terdahulu daripada kami. ya ALLAH, Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum2 yang kafir".
(Al-Baqarah : 286)



06 July 2009

Aku dan Kelas Satu...


(..murid2 kelas 1 yg cool...)

Waaahh.. hari ni seronok sgt mengajar di kelas (kumpulan 1).. Respon murid sangat memberangsangkan.. Alhamdulillah.. Sekurang2nye terubat juga rasa tension aku ni.. hehe!



-SYAKILA- Murid Kelas Satu yg Cute!


Murid2 kelas 1 ni ada 10 org.. tapi yg dtg tadi 6 org jer.. hari ni aku ajar subjek BM.. Tema minggu ni tentang 'bentuk'.. So, aku ajar Tajuk "Pra Bacaan".. ikut dalam sukatan matapelajaran BM tu la.. aku nak perkenalkan pada murid2 tentang alat tulis.. mengenal bentuk, warna dan saiznya.. set induksi aku buat "kotak misteri".. dlm tu ada la mcm2 alat tulis yg aku bawa (benda maujud)... Mereka sangat teruja dan sifat ingin tahu mereka sgt tinggi.. aku suruh mereka teka apa yg ada dlm kotak tu.. macam2 la jawapan yg kluar.. aku bagi mereka angkat kotak misteri dan rasa benda di dalamnya.. ada jugak yg takut2 nak masukkan tangan ke dlm kotak..

Sebagai Langkah 1 (penerangan dari guru): Aku minta mereka ambil satu benda setiap sorang dalam kotak tu.. dan minta mereka sebut dengan betul nama benda2 tu.. one by one... Berebut2 mereka nak mula dulu..

Cikgu : Ini apa murid-murid? Murid2: Padammmmm (pemadam sebenarnye..) Cikgu : Ini pe ma dam.. Murid2: Ini pe ma dam.. Cikgu : Bagussss.... Pemadam ini berbentuk segi empat.. Murid2: Ooooo...

Seterusnya Langkah 2 (aktiviti Murid): Aku ajak murid2 main 'Kotak Beracun'... so, minta mereka ketepikan kerusi, duduk bersila dalam bulatan... dalam kotak tu aku dah gulung2kan gambar2 alat tulis yang aku bawa.. so, sesiapa yg terkena kotak beracun bila lagu stop.. mereka kena ambil satu gambar dlm kotak, then aku minta mereka padankan dengan flash card (alat tulis) yang aku pegang.. bila dah betul, mereka perlu sebut dengan betul perkataan pada card tu... kenalpasti warna dan bentuk alat tulis tu.. Cikgu kenalah bimbing mereka... aktiviti ni buat murid rasa happy... aku siap pasang lagu Aspalella untuk mainan kota beracun ni.. hehehe...

Langkah 3: Setelah selesai bermain.. murid2 diuji dengan latihan yang aku sediakan.. x susah sangat.. cuma tulis semula nama alat tulis dan warnakan gambar tersebut... mereka kebanyakannya kurang mahir menulis, so aku sediakan (d0t to dot)..

Sebagai peneguhan: Aku tanya semula mereka apa yg telah dipelajari hari ini.. mereka dapat menjawab dengan betul...berkali2 aku tanya supaya mereka boleh ingat dan hafal... Aku telah hadiahkan mereka gambar "spongebob" yg telah aku laminate.. (sebab aku dah janji ngan diaorg pd awalnye, sesiapa yg dengar ckp cikgu dan buat kerja dengan kemas.. akan dpt hadiah...) -waahhh.. seronok diaorg dpt spongebob...

Harap2... macam ni hari2kan best... Tapi setiap murid ada tahap keupayaan masing2... kita kenalah faham dan terima segala situasi tu... Tidak semua murid berupaya memberikan respon sepertimana yang guru harapkan...

Namun, sebagai cikgu.. pandai2lah... :)

-Refleksi Diri-

05 July 2009

CHiCKeN RiCe 4 HuBBy..

Semalam.. hubby aku nak makan nasi ayam.. dia kata x puas makan kat kantin sekolah jumaat lepas... so, dgn rasa kasih sayang aku buat jgk.. heheehe.. Simple jer aku buat.. Janji Hubby suka makan...


-ANTARA BAHAN-BAHAN UTAMA DALAM MASAK NASI AYAM-


-PROSES MEMASAK-


-DAH SIAP PUN-

Setelah 2 Minggu di Sekolah...

Hmmm.. agak lama aku x update blog aku ni.. sebenarnyer, aku masih lagi nak citer pasal praktikum aku yg dah 2 minggu di sekolah..

Pada mulanya, aku memang agak tertekan giler dgn keje yang banyak nak kena buat..


Itu dan ini.. sampai aku tak tertulis refleksi aku dlm blog ni, apalagi pada 'buku' yg sepatutnya..



Tapi, kena la faham.. itukan tugas dan tanggungjawab yang perlu aku laksanakan.. dulu aku penah ckp yg aku mmg buat keje slow.. tu la pasalnyer, keje aku jd bertambah-tambah..

Sepanjang 2 minggu ni banyak dah aktiviti yang aku dah lalui.. kami bawa murid2 pegi melawat kilang biskut n pi Aquaria di Kuala Lumpur.. seronok la bawa diaorg.. pi naik keretapi lagik..



(..Aku dengan Lai Hoa Bin & Husna... Peace!)

Pastu hari sabtu lepas kan kena sekolah.. kami sumer buat gotong royong jer la.. memang peant sgt sebab balik dari KL dah tgh malam.. sampai umah jer dah 1.15pagi.. x cukup rest la.. tp, best..

Minggu lepas plak.. aku dah mula mengajar.. waaaa minggu ni mmg aku 'down' sket.. pasal aku x tau nak mula mengajar macm mana.. aku takut penyampaian aku mcm ntah apa2.. x mau la org kata syok sendiri kan.. pasalnyer, dlm kelas 2-3 org cikgu yg dok tgk aku mengajar.. segan la beb.. tapi bila dah hari ke 3 n ke 4.. aku dah mula ok skit.. cikgu2 di sekolah ni, banyak membantu n membimbing aku.. thanks sumer..

Hari khamis lepas, jadual aku subjek Kemahiran Hidup.. so, aku ingat nak buat masakan.. hehee.. boleh la skit2... murid2 mmg teruja bab masak2 ni.. Kami masak "pancake jagungggg"... aku ajar diorg masak one by one... n last tu boleh makan la panncake tu sama2... habisss licin... kesian xde extra utk cikgu2... hehehe...


(..ni Chin Kar Le... masak pancake jagung... yum! yum!)



(..amboiii.. Wai Kean sedang menikmati kelazatan pancake yg dibuat sendiri...)


Hmmm... minggu depan pensyarah aku nak dtg ke sekolah ni... waaaa.. aku x ready lagi la... tengok la macam mana k.. bye!

24 June 2009

2nd day praktikum.. (23 Jun 09)

Hari ni aku masih lg blom mengajar sentiasa BELAJAR dan BELAJAR.. jadual waktu pun kena rombak balik.. semalam aku bincang dgn pensyarah pembimbing.. beliau yg mintak supaya rombak balik jadual asal tu.. so, bincang2 dgn PK, kejap jer dah stel dah pasal jadual...

aku n anum masuk la ke kelas-kelas tengok cara cikgu2 senior mengajar mcm mana.. nak kenal dgn murid2... nak tahu kerektor diaorang ni.. tentang keupayaan mereka dan nak ingat nama masing2..hehe..

PIPK (program intergrasi pend khas) skolah ni ada 4 kelas..
Kump. 1:- murid2 junior, ada 10 org..
Kump. 2:- murid2 9-13thn, ada 11 org..
Kump. 3:- murid2 11-13thn, ada 11 org..
Kump. 4:- murid2 senior 11-14thn, ada 12org..
Kump. Inklusif:- ada 8 org..
sumer ada 52org... ramai la jgk...

ok skrg ni aku nak citer serba sedikit tentang kaedah p&p yg dijalankan di sini.. alaa pasal 'projek pilot' tu la.. Kaedah pilot ni memang memberi impak yg sgt bagus kpd murid2.. pada pendapat aku, projek ni patut dilaksanakan di semua program intergrasi Pend. Khas di Malaysia ni... apa yg aku citer ni, aku lihat dr pemerhatian aku la kan...

Projek pilot ni memerlukan guru berada didlm kelas bersama2 murid sepanjang waktu persekolahan.. contohnya satu kelas ada 12 org murid dan kalau ikut nisbah memerlukan 3 org guru... guru2 ni la yg akan membimbing dan bersama2 mereka dlm kelas sehingga pulang.. kaedah p&p cara ini di jalankan secara 'bertema' mengikut minggu.. contohnya minggu ni ajar tentang 'kaum2 di malaysia'... so, semua subjek yg di ajar perlu ada kaitan dgn tema berkenaan... lagi satu, perjalanan waktu mengajar adalah macam ni... pagi2 tu, setiap guru yg masuk 1st period kelas masing2, dia akan handle murid2 utk aktiviti roll-call.. setiap murid akan ke hadapan dan menyebut butir2 diri mereka seperti, nama, no k/p, tarikh lahir, nama ibubapa, no telefon, makanan dan minuman kegemaran... tetapi, aktiviti ni dilakukan mengikut keupayaan murid masing2 la.. Kump.4 tahap keupayaan mereka paling bagus dari kelas lain kerana mereka boleh mengenal dan menyebut butir2 diri dgn betul... manakala, kump. 1,2 &3 boleh menggunakan kaedah 'suaian'.. tapi ada juga yg boleh menyebut dan menghafal semua tu dgn baik... masa aku tgk murid2 ni, aku sangat2 kagum dgn keupayaan mereka mengingati butir2 diri yg sememangnya penting... and then.. lepas roll-call, barulah p&p bermula macam biasa mengikut subjek yang diajar... (ingattt ikut tema tau...)

aku akan mengajar subjek BM,KH,Math n Science..(12waktu)..

Sebenarnye, aku risau jgk n terfikir macam manalah aku nak tackle murid2 ni bila aku dah mula mengajar nanti... aku akan cuba... Aku budak baru belajar... harap2 diberi tunjur ajar...

petang pulak, pukul 2pm ada contact time sekolah... lebih kurang pukul 3.30pm baru habis.. lama jgk ar... maklumlah macam2 perkara yg dibincangkan...

p/s: penjelasan tentang kaedah p&p projek pilot ni, aku lihat dari pemerhatian aku di sekolah ni jer... kalo korg berminat boleh la rujuk pd sekolah... kat sini sekadar pengetahuan n perkongsian maklumat jer k...

22 June 2009

Cikgu Murni Or Cikgu Wati???

Alhamdulilah.. 1st day praktikum berjalan dgn lancar... hari ni aku n anum tiba kat skolah dlm 7.20pg.. agak lmbt sket ar sbb ingatkan nak sampai awal, aku yg terlambat td... sori ek anum.. hehehe...

kami ke ofis nak lapor diri, yg ada PK KO-KO, sempat la kami kenalkan diri... tapi... Alamakkk! menurut PK Ko-Ko kat skolah ni dah ada cikgu Murni ar... So, aku terpaksala guna nama wati utk pertama kalinya di sekolah ni.... hehehe.. CIKGU WATI... (Murni is better but it's alright...)

kami nak jumpa GB sebenarnya, tp GB dah turun ke tapak perhimpunan... so, terus kami ke sana.. sempat la berslm2 ngan guru2 senior.. hehe.. pas abis perhimpunan, kami ke ofis semula dan berjumpa dgn GB.. 1st impression ttg skolah mmg bagus... sekolah ni sistematik.. aku syukur gak dpt menjalani praktikum kat sini.. lepas tu kami jumpa ngan org kuat skolah.. geng Pen Kanan.. (pentdbrn, HEM, KO-KO n Pend Khas).. ada sedikit taklimat.. dengar nasihat dan panduan yg diberikan... bertambah semangat n bersyukur menjadi seorang guru...

pastu, aku n anum ikut Penyelaras P'khas (pn Ona or kak Ona) ke tempat di mana kami akan menimba pengalaman yg luas.. hehe.. teruja tau.. kami telah diperkenalkan kepada guru2 pend khas n ppm serta murid2 yg pelbagai ragam yg mencuitkan.. 'then', bincang ngan kak ona pasal perjalanan program praktikum kami ni...

aku terkejut pada mulanya, bila k.ona bagitau yg mereka x tau pun yg kami nak menjalani prgm praktikum di sini.. tp, alhamdulillah segalanya berjalan dgn baik.. kami bincang ttg jadual waktu, projek yg akan kami laksanakan dan macam2 lg.. yang syoknyer Jumaat ni ada Lawatan ke KL.. naik ketapi.. hehe.. so, kami blh 'join' ar... tp, tugas guru bukan nak berseronok... ada tanggungjawab... ingat tu...!

sebelum murid2 pulang.. kami sempat masuk ke kelas 4... 12 org murid.. masa tu subjek pend. seni... mereka ni asyik dengan aktiviti kolaj masing2... seronok aku melihat mereka dengan tekun melaksanakan kerja yg diberi oleh guru.. adala jgk aku mengusik2 diaorg nih... hehehe... suka bila mereka tertawa.. aku, anum dan cikgu yati bersama dlm kelas tu n sorg ppm.. sempat jugak kami berkongsi pengalaman cikgu yati yg telah mengajar hampir 5 tahun di sini..

korang tau x... kat sini yg bestnyer, suasana pembelajarannya sangat selesa... guru2 yg x sombong n sentiasa berkongsi ilmu dgn kami... disiplin murid pun mmg bagus dr pandangan aku.. lagi satu yg istimewa di program integrasi pend khas (PIPK) di sini adalah pelaksanaan P&P adalah mengikut konsep 'Pilot Project'...

Hmmm.. nantilah aku citer lain kali plak ttg sistem ni... yg pasti sistem P&P yg dijalankan di PIPK di sekolah ni adalah terbaik.. kerana bg pendapat aku la, memang banyak faedah untuk murid mahupun guru itu sendiri...

oklah.. korang yg tersinggah di blog aku n terbaca n3 ni.. tlg la doa2kan kami agar berjaya dlm praktikum dan menjadi guru yg baik... wokey... da da... see ya...

Praktikum Punya Pasal...

hari ni aku macam nak tulis sesuatu dlm entry kali ni.. dah lama x 'mengisi' perut blog ni..

Sekarang ni dah dekat pukul 2 pagi... aku x tau la boleh tido ke x.. Acctually, esok 1st day aku mula praktikum kat SK Pinji, Ipoh.. aku akan bersama dgn member aku Anum n 2 org lg guru pelatih bidang pemulihan khas... aku n anum dalam bidang pendidikan khas..

Perasaan aku, dah bercampur baur ni... bukan nyer aku x penah mengajar.. tp ntah la.. mungkin kali ni, segala kerja n tgkh laku aku akan menjadi perhatian & ada penilaian yg akan dibuat.. harap2 segalanya berjalan dgn lancar... (aku adalah aku... bkn org lain...)... Lagipun sepanjang hidup ini, tentunya kita dinilai oleh yg Maha Kuasa.. so, BERTENANGGG...

aku ni slalu buat keje last minit.. and until now, ade jer keje yg blom di antar.. but i stiil pushing myself to do the best as i can.. InsyaAllah... i'll try my best..

Esok.. ops bukan esok tp beberapa jam lagi, aku akan bertemu dgn bakal anak2 muridku yg sememangnya ingin dihampiri dan disenangi.. mungkin dulu ramai yg x menyedari kehadiran mereka.. tetapi aku rasa, kini bukan lg menghalang mereka untuk mendapatkan hak pendidikan yg sama seperti kanak2 normal yg lain...

itulah nanti.. anak2 didiku.. yg 'ISTIMEWA'...

21 March 2009

Cerebral Palsy



Cerebral Palsy - The Facts


Cerebral means having to do with the brain. Palsy means weakness or problems with using the muscles. Often the brain injury happens before birth or sometimes during delivery. CP can be mild, moderate, or severe. Mild CP may mean a child is clumsy. Moderate CP may mean the child walks with a limp. They may need a special leg brace or a cane. More severe CP can affect all parts of a child's physical abilities. A child with moderate or severe CP may have to use a wheelchair and other special equipment. Sometimes children with CP can also have learning difficulties or problems with hearing or seeing (called sensory problems). However, CP doesn't get worse over time.

Diplegia - This means only the legs are affected.

Hemiplegia - This means one half of the body (such as the right arm and leg) is affected.

Quadriplegia - This means both arms and legs are affected, sometimes including the facial muscles and torso.


What about treatment? Typically, children with CP may need different kinds of therapy, including:


Physical therapy (PT), which helps the child develop stronger muscles such as those in the legs and trunk. Through PT, the child works on skills such as walking, sitting, and keeping his or her balance. Use of Hydrotherapy/swimming is very beneficial.

Occupational therapy (OT), which helps the child develop fine motor skills such as dressing, feeding, writing, and other daily living tasks.

Speech-language (S/L) , which helps the child develop his or her communication skills. The child may work in particular on speaking and swallowing which may be difficult due to problems with muscle tone of the tongue and throat.

Communication devices , which can range from the simple to the sophisticated. Communication boards, for example, have pictures, symbols, letters, or words attached. The child communicates by pointing to or gazing at the pictures or symbols. Augmentative communication devices are more sophisticated and include voice synthesizers that enable the child to "talk" with others.

Computer technology , which can range from electronic toys with special switches to sophisticated computer programs operated by simple switch pads or keyboard adaptations.

New medical treatments are being developed all the time. Sometimes surgery or medications such as baclofan and Botox injections can help lessen the effects of CP


A child with CP can face many challenges in school and is likely to need individualized help. The ability of the brain to find new ways of working after an injury is remarkable. Even so, it can be difficult for parents to imagine what their child's future will be like. Good therapy and handling can help, but the most important "treatment" the child can receive is love and encouragement, with lots of typical childhood experiences, family, and friends. With the right mix of support, equipment, extra time, and accommodations, all children with CP can be successful learners and full participants in life.

22 February 2009

Kamariah sabar besarkan anak spastik


Mohd. Hakim Misran menggunakan alat bantuan pemulihan untuk kanak-kanak spastik di Unit Terapi Persatuan Kanak-Kanak Spastik di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 12 Jan.- Ketika ibu lain mungkin bimbang tentang tahap pendidikan anak, Kamariah Abd. Karim, 51, pilu melihat anaknya yang terpaksa 'bergelut' hanya untuk berdiri dan berjalan secara normal.

Hatinya sayu menyedari anak kesayangannya, Mohd. Hakim Misran, 9, menghadapi masalah otak terencat jenis spastik setelah diserang demam kuning dua minggu selepas dilahirkan tidak cukup bulan.

Kamariah yang tidak mempunyai pekerjaan memberitahu, perkembangan otak yang terencat menyebabkan anaknya mengalami masalah untuk mengawal pergerakan, posisi dan pembesaran .

''Otot-otot pada bahagian kaki dan tangan anak bongsu daripada dua beradik ini mengeras menyebabkan ia sukar dikendalikan hinggakan untuk berdiri pun menjadi satu masalah besar," katanya.

Kamariah berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pembukaan Unit Terapi Persatuan Kanak-kanak Spastik di Jalan Dato' Menteri yang disempurnakan isteri Tunku Mahkota Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris di sini, baru-baru ini.

Unit terapi itu dilengkapi peralatan pemulihan moden untuk rawatan fisioterapi dan kemudahan gimnasium bagi kegunaan pelatih di Sekolah Kanak-kanak Sepastik yang terletak berdekatan.

Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah sama namun tidak belajar di sekolah itu, mereka boleh mendapatkan rawatan di unit terapi tersebut dengan membuat temujanji sebagai pesakit luar.

Kamariah berkata, pembukaan unit terapi itu amat dinantikannya dan dia menaruh harapan tinggi bahawa ia dapat membantu memulihkan anaknya, sekurang-kurangnya untuk melatih otot supaya dapat berjalan tanpa bantuan.

"Saya amat bersyukur dengan pembukaan unit terapi yang dilengkapi kelengkapan moden ini dan berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang ke arah kewujudan unit itu," katanya.

Katanya, bagi memudahkan urusan anaknya untuk belajar di sekolah kanak-kanak spastik, dia sanggup menyewa sebuah apartmen di Larkin yang terletak kira-kira 60 kilometer dari rumahnya di Kota Tinggi.

Ia dilakukan bagi memudahkannya menghantar dan mengambil Mohd. Hakim di sekolah itu memandangkan suaminya bekerja di Kota Tinggi.

Kamariah juga berterima kasih kepada pihak Baitulmal Johor yang menanggung sepenuhnya pembelian alat bantuan dan pemulihan untuk berjalan kepada anaknya yang bernilai kira-kira RM7,500.

"Dengan alat itu, dia kelihatan seronok dapat berjalan bersama saya ke pusat beli-belah, itu sudah cukup membuatkan saya sangat gembira," katanya.

09 February 2009

Istimewa..

Membela insan istimewa


kanak-kanak OKU mengikuti pembelajaran dikendalikan guru terlatih di Seri Mengasih, Kota Kinabalu. - UTUSAN/ ghazali basri


KOTA KINABALU 2 Feb. - Membela kanak-kanak golongan kurang upaya (OKU) bukan semudah disangka. Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai lebih daripada seorang anak istimewa.

Bak kata orang, 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul'. Namun reda dengan takdir, amanah membela anak-anak itu terus dipikul oleh ibu bapa berhati waja.

Kesempatan bertemu dengan beberapa ibu bapa berkenaan membuatkan penulis sedikit sebanyak faham pengorbanan yang telah diberikan ibu bapa tersebut.

Bagi mereka, tidak sekelumit pun rasa sesal apalagi terasa malu memiliki akan-anak istimewa itu.

"Biarlah apa orang kata. Bagi kami mereka adalah insan paling istimewa," kata Ngu Pei Lay, 45. Pei Lay mempunyai seorang anak lelaki berusia tujuh tahun menghidap sindrom Down.

Beliau merupakan antara ibu bapa di bandar ini yang menghantar anak-anak istimewa mereka ke rumah Seri Mengasih, sebuah pusat latihan dan pendidikan asas bagi kanak-kanak OKU.

"Perhatian dan kasih sayang ibu bapa sangat penting kerana mereka lambat belajar terutama cara mengurus diri.

"Sebagai ibu, saya harus pandai mengawal emosi diri dan anak supaya dia boleh melakukan perkara yang kita ajar.

"Paling utama, menjaga anak OKU ialah kita perlu banyak bersabar dan jangan sekali-kali berputus asa," katanya sambil menambah dia memberi kasih sayang sama rata kepada kesemua anaknya dan perkara itu sangat penting untuk kebaikan keluarga.

Pei Lay berkata, beliau akan meneruskan latihan di rumah dan tidak terlalu mengharapkan apa yang diajar di pusat itu.

"Saya juga menasihati ibu bapa yang mempunyai anak istimewa supaya membawa anak mereka keluar berjalan-jalan. Jangan kurung anak di rumah," ujarnya.

Bagi Cecilia Magadoh, 50, anggapan sesetengah pihak bahawa membela anak OKU merupakan tugas yang membebankan sudah tidak relevan.

"Seluruh ahli keluarga menerima kehadiran anak saya dengan hati terbuka dan mereka melayannya sama dengan kanak-kanak lain.

"Seperti ibu bapa lain yang mempunyai anak OKU, saya memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada anak saya," katanya yang berhenti kerja kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya mendidik anaknya itu.

Cecilia memberitahu, dia sering melatih anak lelakinya yang berusia 12 tahun membantu melakukan kerja-kerja rumah pada hujung minggu.

"Mungkin dia lemah dari segi mental tetapi anak saya ini sangat cergas fizikal," tambah Cecilia yang berasal dari daerah Kota Belud.

Sementara itu, Siamnah Taim, 47, memilih jalan yang jarang dilakukan oleh kebanyakan wanita lain dengan mengambil insan istimewa sebagai anak angkatnya.

"Mungkin sebab saya bekerja di sini jadi saya tidak berasa asing dengan kanak-kanak istimewa ini," ujarnya.

Menurut Siamnah, anak angkat istimewa yang diambil ketika berusia dua bulan itu kini telah berusia 24 tahun dan telah diterima sebagai tenaga kerja di pusat berkenaan.

"Walaupun gaji tidak seberapa, tapi akhirnya dia ada pekerjaan sendiri dan mampu berdikari," katanya yang merupakan seorang ibu tunggal berasal dari daerah Tuaran.

Siamnah memberitahu, dia kini tinggal berdua bersama anak angkatnya itu di sebuah rumah kecil di Kampung Tanjung Aru.

"Saya tidak mempunyai pendidikan tinggi tetapi saya sentiasa berusaha membantu anak saya ini mengikut kemampuan diri. Sejak kecil saya mengajarnya cara mengurus diri agar dia tidak susah apabila dewasa nanti," katanya.

MenCari SiNar..

Mencari sinar pengetahuan


MURID-MURID menggunakan mesin Braille untuk membaca dan menulis dengan bantuan guru di SKPK Princess Elizabeth Johor Bahru, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 30 Jan. - "Kenapa kami buta?"

Itu antara rintihan yang lazim diluahkan oleh murid-murid yang mengalami masalah penglihatan di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Princess Elizabeth di Jalan Nong Chik di sini.

Menurut Guru Besar sekolah itu, Nafisah Ismail, 51, yang lebih mesra dengan panggilan 'mama' di kalangan anak muridnya, soalan itu sering menyentuh perasaannya, namun ia perlu dijawab secara berhemah agar tidak menyinggung perasaan mereka.

"Saya akan beritahu murid itu bahawa setiap kejadian ada hikmahnya dan jika satu deria hilang, Tuhan akan tambah atau tingkatkan penguasaan deria lain.

"Saya akan pujuk mereka supaya tidak menyesali keadaan diri, sebaliknya berusaha untuk memajukan diri menerusi penguasaan ilmu dan kemahiran," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sekolah tersebut baru-baru ini.

Mengenai sekolah tersebut, Nafisah memberitahu, ia dibuka sejak 1953 dan kini menempatkan 71 murid berusia antara enam hingga 12 tahun yang menghadapi masalah penglihatan.

Sekolah di bawah kelolaan Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) itu juga menyediakan kemudahan asrama memandangkan murid-murid di situ datang dari seluruh Semenanjung.

Nafisah tidak menafikan ramai yang menangis ketika terpaksa 'berpisah' dengan ahli keluarga masing-masing untuk menetap di asrama.

"Sesetengah ibu bapa nak lepaskan anak normal yang berusia 16 tahun ke sekolah berasrama pun susah, inikan pula anak yang cacat penglihatan dan baru berumur enam tahun," katanya.

Bagaimanapun menurutnya, menerusi unsur kekeluargaan yang diterapkan, murid-murid berkenaan secara beransur-ansur dapat menyesuaikan diri dan menganggap guru serta kakitangan sebagai keluarga sendiri sekali gus mengurangkan kesedihan berenggang dengan keluarga.

Tambahnya, mereka juga akhirnya berasa gembira kerana mendapat ramai kawan baru yang senasib dan belajar banyak perkara baru.

Nafisah memberitahu, bagi yang tinggal di asrama, keluarga murid-murid boleh mengambil mereka pulang ke kampung masing-masing dalam tempoh dua kali sebulan atau pada cuti umum.

Namun, beliau sedih apabila mendapati ada ahli keluarga yang seolah-olah kurang memberi perhatian kepada anak-anak kurang upaya ini sehinggakan ada yang tidak datang untuk mengambil mereka pulang ke kampung semasa musim perayaan.

Sebaik diperkenalkan dengan tiga anak murid iaitu Lum Zheng Hao, Mohd. Shamil Zam Zam dan N. Saremiyah yang masing-masing berusia 10 tahun, penulis terharu apabila mendapat tahu Zheng Hao yang lebih dikenali sebagai Ryan menjadi buta kerana menghidap barah dan telah menjalani pembedahan dua kali.

Walaupun begitu, kanak-kanak itu amat ramah dan petah berbahasa Inggeris, malah memahami situasi yang dialaminya.

"I have tumor in my head, but now it's gone (Saya ada ketumbuhan di dalam kepala, namun sekarang tiada lagi."

"But sometimes I still have headache (Namun kadang-kadang saya masih rasa sakit kepala)," jawabnya dengan ramah apabila ditanya.

Saremiyah yang beransur-ansur hilang penglihatan pula dikenali sebagai pelajar yang paling bersopan di sekolah tersebut.

Menurut Nafisah, beliau amat berbangga dengan tingkah laku anak muridnya itu yang sering memberi ucap selamat apabila bertemu dengan guru-guru.

Sementara itu, Mohd. Shamil pula mula hilang penglihatan setelah saraf matanya rosak tahun lalu sehingga menyebabkan matanya seolah-olah kering sehingga berwarna merah.

Dia kadang-kadang berasa pedih di bahagian mata dan perlu menggunakan ubat khas untuk merawat matanya itu.

Walaupun mengalami beban yang begitu berat, namun ketiga-tiga kanak-kanak itu tetap tabah dan tekun serta gembira mempelajari cara untuk membaca dan menulis menggunakan huruf Braile.

Segala beban itu seolah-olah dilupakan seketika semasa mereka belajar dan bergurau dengan rakan-rakan, sama seperti kanak-kanak normal yang lain.

Ada yang kuat mengusik, ada murid perempuan yang mengadu dibuli murid lelaki, tidak kurang juga yang suka membuat kelakar dan kuat merajuk - suatu dunia kanak-kanak, tidak ada bezanya.

Penulis juga agak terkejut apabila diberitahu oleh Nafisah bahawa murid-murid yang cacat penglihatan sejak dilahirkan juga mengalami mimpi seperti orang biasa.

"Ada yang datang beritahu saya, malam tadi dia bermimpi berjalan bersama kawan-kawan di suatu tempat," kata Nafisah.

Sebagai manusia yang celik penglihatan, mungkin sukar untuk memahami mimpi si buta, namun yang pasti, semua orang mempunyai satu 'mimpi' yang sama iaitu ingin hidup bahagia.

31 January 2009

RenungkanLah..



Manusia pada logiknya tidak merancang untuk gagal, Tetapi mereka seringkali gagal untuk merancang.



Sesungguhnya dunia ini bagaikan sebuah lautan yang dalam. Banyak manusia karam di dalamnya. Apabila ingin selamat dan tidak karam, layarkanlah lautan itu dengan sampan bernama TAQWA. Isinya adalah IMAN dan layarnya ialah TAWAKKAL kepada ALLAH.




28 January 2009

Saat Kujejaki Tamanmu... Tenang Jiwa Hilang Lara... Benar Indah... Amat Indah...


A D A A P A D E N G A N N A M A ?

A D A A P A P A D A R U P A ?

A D A K A H D I N I L A I S E W A J A R N Y A ?

A D A K A H Y A N G M E N G E R T I S E A D A N Y A ?

A D A K A H B I C A R A S E T U L U S H A T I N Y A ?

P E R S O A L A N D I M I N D A ? ? ?

M E N C A R I J A W A P A N N T A H D I M A N A . . .

R E N U N G L A H S E D A L A M N Y A . . .

T E R I M A L A H A N U G E R A H I N I . . .

D A M A I K A N L A H D I H A T I . . .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails