Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie Pregnancy tickers

ThAnKs KaWaN-KaWaN

28 September 2009

Sukar nak jangkakan apa yg akan berlaku???

Apa akan berlaku seterusnya pada aku???

1. PEGI MAKAN LEMANG NGAN KETUPAT KAT UMAH KENGKAWAN OR CARI NASI HIMPIT n KUAH KACANG YG TAK DAPAT AKU RASA MASA HARI RAYA LEPAS...

atau

2. MULA MENERIMA BERMACAM-MACAM ASSIGNMENT DARI LECTURER SEBAB ESOK DAH START KULIAH SUBJEK BARU...

atau

3. SIAPKAN SAKI BAKI KEJE2 PRAKTIKUM SEBELUM SUBMIT PADA 'BOSS'... bila due nih???

atau

4. MAIN GAME SAMPAI NAK TERMUNTAH2.. (tu time kemalasan yg teramat sgt...)

atau

5. ESOK.. BANGUN PAGI2 DENGAN SLUMBER BERSIAP2 UNTUK KE SEKOLAH SEBAB RINDU KAT ANAK-ANAK MURID AKU...

atau

6. KUAR NGAN HUBBY PI TGK MOVIE n SHOPPING PUAS2 WALAUPUN SEKARANG NI TGH SENGKEK... hahaha...

atau

7. STOPKAN AJER KARANGAN MENGARUT NI SUPAYA AKU TAK PENING PIKIR APE YG AKU NAK TULIS LAGI...HaHaHaHa...


(...entri yg tidak ade kena mengena antara hidup dan mati....)
(...sekadar sembang2 time boring...)
Jangan Marah Aaaaa....




27 September 2009

SESUCI LEBARAN..


(..My Family on Hari Raya Aidil Fitri 1430H/2009..)



(..Me wif My Beloved Hubby..)



(..Sempena Bulan Mulia..Keampunan Dipinta..)


Sesuci Lebaran

Sesuci... di hening subuh sunyi
Sesuci... terdengar nurani
Sesuci... salam untuk Ilahi
Bagaikan memanggil insafi pada diri

Lebaran... terasa kesayuan
Lebaran... takbir bersahutan
Lebaran... memuji keagungan
Bergema suara syukuri nikmat Tuhan

( korus )
Hiasi diri indah
Riangkan hati gundah
Bersihkan jiwa... sesuci lebaran
Agar sempurna amalan
Berdoalah insan
Di pagi raya
Moga-moga terampun dosa

Pohonlah ampun maaf
Kepada ibu bapa
Sahabat dan sanak saudara
Sama sama kita gembira

Bermesra tua muda
Bantulah miskin hina
Menyambut hari mulia
Sama sama kita gembira

15 September 2009

Kad Raya Hubby???

Masa berbuka pose tadi.. Hubby kata dia ada terima kad raya daripada murid2 kelas dia tahun 2.. Aku ni beria-ria la nak tengok.. Yer lah, dari reaksi muka hubby tu macam ada something wrong somewhere... Hubby amik 'kad raya' yg dia dpt tu... action la konon.. hahahaa... Bila tengok jer... aku dah gelak giler... macam dah agak tentu ade sesuatu yg lucu nanti... Kad raya handmade tu... Kreatif bdk2 skrg nie.. huhu.. So, aku pon bacalah 'kad' tu... Kah! Kah! Kah! Kah! Kah!... Ustaz Wangi??? Ustaz Mr Bean??? Ustaz Lawak??? Aku ngan hubby gelak sakan... Bdk2 skrg pandai mengarang... Ayat yang sangat jujur... hahaha... Macam2 keletah budak2 sekarang nih.... Ade sajer perkara2 yg kadang kala kita tak jangkakan bermain dalam fikiran budak2 tue... Cuba korang baca apa yg bdk2 ni tulih.. Macam2 kerenah kan?!!


(..isi cerita yg lucu.. benda2 mcm ni la yg kadang kala menjadi penawar hati cikgu2...)



(...macam manalah depa tau nama awek ustaz nih??? Kena siasat nih...hahaha...)



(...selamat hari raya or ???.... huhuhu..)



(...Selamat Hari Raya Aidil Fitri...)

Apapun... entri kali ini adalah sekadar nak berkongsi cerita... Murid2 yg menulih tu hubby kata mmg lucu n kiut... hihi.. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.. MAAF ZAHIR DAN BATIN...

12 September 2009

Bila Rindu.. Pasti Telah diCintai.. Hmmmm..




Tak sampai seminggu semua bakal2 guru KPLI-sr ambilan Januari 2009 akan mengakhiri program praktikum masing2... Pasti telah banyak ilmu.. pengalaman.. kenangan suka duka... telah kita sama2 nikmatinya sepanjang 3 bulan berpraktikum.. Namun begitu, tempoh ini masih belum cukup untuk kita belajar semuanya...

Bagi kengkawan aku bakal2 cikgu PENDIDIKAN KHAS... sudah semestinyer mula terbit rasa rindu dan sayang nak tinggalkan kanak-kanak PENGHUNI SYURGA yang bakal kita didik tahun depan.. InsyaAllah..

Pasti akan terkenang2 GELAK TAWA mereka tika kita mengajar... JERITAN mereka yg meminta perhatian kita.. ada yang MERAJUK minta dipujuk... tak lupa juga yang buat dekkk jer apabila kita bertanya.. BERLARI2 dalam kelas... dan macam2 lagi... Pengalaman kejar-mengejar dgn mereka sudah pasti MENCUIT HATI... hehehee...

Manakala lagu2 favourite seperti wonderpet2x kami datang!.., SpongeBob square pant.., Bangun pagi, Gosok gigi.., Bapaku pulang dari kota...., Saya ayam kok kok kok..., Kalau rasa gembira tepuk tangan... Waaahhhh... macam2 lagi la lagu2 yang kita sama2 nyanyikan.. tak kira la walau di mana kita ditempatkan... betul betul betul..! ...Apa yang penting? Kerjaaasama..!!! huhuhu...

Bagi aku.. PENGALAMAN ini banyak ertinya... sebelum kita MENDIDIK murid2 kita... pastinya kita perlu mendidik diri kita dulu... kita perlu KUAT dalam mengharungi segala CABARAN menjadi seorang pendidik... terutamanya bagi mereka seperti aku yang bakal mendidik ANAK2 ISTIMEWA.. kita banyak belajar cara untuk mengurus tingkah laku kanak2 ini.. Tetapi adakah kita berjaya mengurus TINGKAH LAKU diri kita??? Fikir-fikirkan lah...

So, walau beratnya DUGAAN... walau manisnya KENANGAN... kita sama2 laluinya... kita sama2 berkongsi RAHSIA itu...

Itulah... Bila dah ada rasa RINDU, pasti kita telah di CINTAI.... mencintai keistimewaan kanak-kanak itu....

ANDA BAGAIMANA??? ;)

11 September 2009

DRAMA NUR KASIH..


Drama Nur Kasih ni antara drama yg aku suke tengok.. makin lama makin best n touching.. Byk pengajaran yg bleh dipelajari.. kita amik yg positif jer lah.. kat bawah ni ada la cerita dari episod2 Nur Kasih yg akan datang.. aku jumpa kat www.intro2u.net... thanks bg sumber ni... So, layanlah ek...

Nur Kasih Episod-17

Setahun kemudian, Adam kini telah membuka firma arkiteknya sendiri yang membuat pengkhususan dalam senibina Islam. Dia terkejut bertemu dengan Nur Aminayang sudah pulang ke Malaysia. Adam bertanya jika Nur kembali untuk selamanya. Dan sudah temui kebahagiaan yang dicari? Nur angguk. Nur tanya kenapa Adam berhenti menulis email pada Nur. Sangka Adam Nur tidak pernah membaca surat-suratnya, ta[I Nur kata dia membaca setiap satu daripadanya. Adam menjemput Nur pulang ke kampung bersamanya untuk majlis pernikahan Aidil. Aidil bersyukurAdam dan Nur bersatu. Adam
berterima kasih atas pengorbanan abangnya. Adam dan Nur kembali ke bilik mereka menghabiskan malam pertama mereka dulu. Setelah bertahun lamanya, ini kini malam pertama mereka dalam erti kata sebenar.


Nur Kasih Episod-18

Adam dan Nur terkejut dengan kehadiran Katrina yang kini berhijab. Katrina menceritakan kisah hidupnya, selepas dia meninggalkan Adam, untuk menenangkan diri setiap malam berpesta, bertukar pasangan, mabuk. Di Jakarta dia mengenali seorang wanita yang membimbingnya dekat pada Islam. Nur menjemput Katrina untuk tinggal dengan mereka untuk sementara waktu. Ibu bertanya pada Nur dan Adam siapa Katrina sebenarnya. Nur cuba berdalih, tapi Adam tidak mahu membohongi ibunya lagi. Ini Katrina, isteri keduanya yang dinikahi di Australia. Dibalut perasaan bersalah terhadap Katrina, Adam sedia menerimanya kembali, dengan izin Nur. Katrina menyatakan pada Nur dia tidak ingin merampas hak sesiapa, hanya berkongsi kasih seorang suami. Nur angguk dan memeluknya. Katrina berkata, sungguh mulia hati Nur, dan semoga Allah S.W.T. melindunginya sentiasa.



Nur Kasih Episod -20

Adam, Kat dan Nur belajar hidup bermadu. Kat merasai dia mengganggu kebahagiaan Adam dan Nur dan selalu mengalah. Adam cuba bertindak seadil adilnya. Dia berkongsi masalah dengan Aidil. Dia merasakan jalan yang terbaik adalah untuk menceraikan Katrina, tetapi rasa tanggungjawabnya menebal. Dia yang seharusnya membimbing isterinya itu, bukan dilepaskan supaya mencari jalan sendiri.. Kata Aidil, dia harus mendengar kata hatinya sendiri. Aidil dan Aliya hidup bahagia walaupun Aidil risau Aliya tidak dapat menyesuaikan diri dengan rumah kampung mereka. Sarah cuba memasang jarum dalam kehidupan mereka, dan bercerita padanya Aidil sebenarnya cintakan Nur. Terkejut Aliya. Dengan selamba Sarah bercerita, Aidil sebenarnya sepatutnya mengahwini Nur, tapi atas permintaan akhir arwah Haji Hassan, Adam yang dikahwinkan dengan Nur tapi cintanya pada Nur tidak pernah padam. Aliya dihambat rasa cemburu. Dia minta Aidil berterus terang.



Nur Kasih Episod 21

Kata Aidil itu semua cerita lama tiada lagi wanita lain dihatinya selepas berjumpa dengan Aliya. Aliya masih belum pasti, Aidil cuba meyakinkan Aliya tapi hubungan mereka terus renggang. Adam memberitahu Nur dia akan melepaskan Katrina. Nur memujuknya supaya jangan, dan bersabar. Sewaktu menunaikan solat subuh bersamasama, Katrina pengsan, mereka cuba menyelamatkannya, tapi terlambat. Menurut doktor dia meninggal kerana brain aneurism. Semuanya terkejut, tiada. Adam, Nur dan keluarga di pusara Katrina. Seolah telah menjangkakan kematiannya, Katrina meninggalkan sepucuk surat kepada Adam dan Nur, supaya berbahagia dan supaya tidak lupa yang nur kasih sebenarnya, adalah Kasih kepada Nya..



Nur Kasih Episode 23

Aidil found Aliya has gone back to her parents’ house. He tried to meet Aliya, but she wanted to be alone. Sarah poisoned Aidil’s mind that Aliya missed the lavishness that her parents pampered her with. Aidil conceded and heartbroken, knowing that he could never satisfy his wife. He went to meet Adam who was not that symphathetic. Adam asked if Aidil was sincere in his love for Aliya. Aidil felt humiliated when asked as such.
Nur also noticed that Adam is avoiding her. Adam got a job in Mumbai, before leaving he apologized to Aidil for all the misdeeds he’d done. After Adam left, Nur was shocked upon watching news when it showed Mumbai was attacked by terrorist, and Adam’s hotel was invaded. Trembling, Nur called Aidil. They failed to get any confirmation from Wisma Putra. Mother never stopped praying for Adam’s safety. Nur decided to go there,
upon receiving news that Adam was in his room during the attack. However his body was not found and has been classified as missing.


Nur kasih Episode 24

6 months later, Nur and Mother praying together for Adam. Mother was worried about her how long she could endure living alone like this? Nur said, “Adam waited long for me, Mother, and I’ll wait for him forever”. Aidil’s feeling lost, losing Adam and Aliya. Nur persuaded him to meet Aliya. Aidil met Aliya. He’s willing to let her go if that’s what she wants. Aliya was sad, asking whether that’s what he wanted all along. Aidil is confused.
Aliya said she knows that Nur’s all alone now maybe Aidil wants to marry her. Aidil denied and told her what happened, and so did Aliya. They finally realized that it was all Sarah’s deed. Aliya and Aidil were back together. When Aidil sat, talking to his mother, both looked at Nur who was smiling sadly. Mother asked him, if it’s destiny that Adam died, is he willing to marry Nur? Aliya overheard the question. Aidil replied, he couldn’t bear dividing his love. Aliya was touched. She looked at Nur.


NUr KAsih Episode 25

Aliya approached Nur and told her that she permits Aidil to marry Nur if that’s their fate.
Nur shook her head affirming her love’s only for Adam for eternity. Nur e-mailed Adam
everyday. She’d told Adam her life’s experience just like what Adam did before. Even
though she tried to be jovial in her emails, she’ll break down in tears after writing them.
In Mumbai, Adam cried too reading his emails in Mumbai. Adam’s all hairy now, keeping
his moustache and beard. His friend asked don’t you want to go back home? Adam said,
for the first time in his life, he wants to sacrifice for his brother. All his life, Aidil has
sacrificed everything for him, but now he wants Aidil to be happy. Sarah who noticed
that her sister wrote to Adam everyday felt so guilty. Without Nur knowing, Sarah
started writing to Adam.


Last Episode NUR KASIH tv3

Nur spent her time with the kids at the mosque. One day, Aidil saw Nur crying, tears falling down her cheeks. Aliya went to Adam. She reminded him that she gave her consent…Aidil approached Nur telling her he’s willing to take care of her. Bewildered, Nur shook her head gently. Nur didn’t want to be in between Aidil and Aliya, so she left
for KL. Aidil and Aliya sent her to the railway station. When the train stopped, a bearded guy went down. Nur, Aidil and Aliya didn’t notice his arrival. Nur bowed and shook hands with Aidil and Aliya. Nur’s scarf blown by the wind and she went aboard the train. In the train, Nur was looking outside. Adam came beside her and greeted salaam. Nur
was surprised, looked at him, thankful and praised Allah. She knew that Adam will return to her. They hugged.

05 September 2009

Ketenangan di kampung halaman...

Salam semua..

Sekarang aku di kampung hubby... dah lama x balik.. Dalam kesibukan menyiapkan keje2 yg menimbun di bulan ramadhan ni... masih sempat kami berbuka puasa di kampung halaman... Alhamdulillah..

Hari ni rasa sunyi skit.. sebab anak2 sedara blum balik lagi.. esok maybe jumpa la ngan anak2 buah aku yg kiut miut tu... Diaorg pun dah lama x jumpa ngan Ummi, (..aku la tu..).. rindunyerr..

Sebenonyer, aku sedang menyiapkan kajian kes ni.. tapi jenguk la kejap di blog aku yg serba kekurangan ni... Maklumlah, blog ni dah bercampur aduk... macam2 aku taruk.. Tapi lantak lah.. Tak salah kan, kalau segala macam ceritera terkarya di sini... segala cerita yang terlintas diminda dan terbuku dihati... alaaa apa aku merepek ni... huhuhu..! tak rock langsung!

03 September 2009

For Hubby...


You have a special place in my life

that you've had from the very start..

I see your smile when I close my eyes

your name is written on my heart...

For the times I can't be with you

and perhaps you're feeling blue...

I'm sending you a bear hug

with love from me to you...

(..Happy Birthday Sayang..)



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails