Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie Pregnancy tickers

ThAnKs KaWaN-KaWaN

09 February 2009

Istimewa..

Membela insan istimewa


kanak-kanak OKU mengikuti pembelajaran dikendalikan guru terlatih di Seri Mengasih, Kota Kinabalu. - UTUSAN/ ghazali basri


KOTA KINABALU 2 Feb. - Membela kanak-kanak golongan kurang upaya (OKU) bukan semudah disangka. Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai lebih daripada seorang anak istimewa.

Bak kata orang, 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul'. Namun reda dengan takdir, amanah membela anak-anak itu terus dipikul oleh ibu bapa berhati waja.

Kesempatan bertemu dengan beberapa ibu bapa berkenaan membuatkan penulis sedikit sebanyak faham pengorbanan yang telah diberikan ibu bapa tersebut.

Bagi mereka, tidak sekelumit pun rasa sesal apalagi terasa malu memiliki akan-anak istimewa itu.

"Biarlah apa orang kata. Bagi kami mereka adalah insan paling istimewa," kata Ngu Pei Lay, 45. Pei Lay mempunyai seorang anak lelaki berusia tujuh tahun menghidap sindrom Down.

Beliau merupakan antara ibu bapa di bandar ini yang menghantar anak-anak istimewa mereka ke rumah Seri Mengasih, sebuah pusat latihan dan pendidikan asas bagi kanak-kanak OKU.

"Perhatian dan kasih sayang ibu bapa sangat penting kerana mereka lambat belajar terutama cara mengurus diri.

"Sebagai ibu, saya harus pandai mengawal emosi diri dan anak supaya dia boleh melakukan perkara yang kita ajar.

"Paling utama, menjaga anak OKU ialah kita perlu banyak bersabar dan jangan sekali-kali berputus asa," katanya sambil menambah dia memberi kasih sayang sama rata kepada kesemua anaknya dan perkara itu sangat penting untuk kebaikan keluarga.

Pei Lay berkata, beliau akan meneruskan latihan di rumah dan tidak terlalu mengharapkan apa yang diajar di pusat itu.

"Saya juga menasihati ibu bapa yang mempunyai anak istimewa supaya membawa anak mereka keluar berjalan-jalan. Jangan kurung anak di rumah," ujarnya.

Bagi Cecilia Magadoh, 50, anggapan sesetengah pihak bahawa membela anak OKU merupakan tugas yang membebankan sudah tidak relevan.

"Seluruh ahli keluarga menerima kehadiran anak saya dengan hati terbuka dan mereka melayannya sama dengan kanak-kanak lain.

"Seperti ibu bapa lain yang mempunyai anak OKU, saya memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada anak saya," katanya yang berhenti kerja kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya mendidik anaknya itu.

Cecilia memberitahu, dia sering melatih anak lelakinya yang berusia 12 tahun membantu melakukan kerja-kerja rumah pada hujung minggu.

"Mungkin dia lemah dari segi mental tetapi anak saya ini sangat cergas fizikal," tambah Cecilia yang berasal dari daerah Kota Belud.

Sementara itu, Siamnah Taim, 47, memilih jalan yang jarang dilakukan oleh kebanyakan wanita lain dengan mengambil insan istimewa sebagai anak angkatnya.

"Mungkin sebab saya bekerja di sini jadi saya tidak berasa asing dengan kanak-kanak istimewa ini," ujarnya.

Menurut Siamnah, anak angkat istimewa yang diambil ketika berusia dua bulan itu kini telah berusia 24 tahun dan telah diterima sebagai tenaga kerja di pusat berkenaan.

"Walaupun gaji tidak seberapa, tapi akhirnya dia ada pekerjaan sendiri dan mampu berdikari," katanya yang merupakan seorang ibu tunggal berasal dari daerah Tuaran.

Siamnah memberitahu, dia kini tinggal berdua bersama anak angkatnya itu di sebuah rumah kecil di Kampung Tanjung Aru.

"Saya tidak mempunyai pendidikan tinggi tetapi saya sentiasa berusaha membantu anak saya ini mengikut kemampuan diri. Sejak kecil saya mengajarnya cara mengurus diri agar dia tidak susah apabila dewasa nanti," katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails